Taurat dan Judaisme Taurat_(Tanakh)

Taurat ialah penulisan suci primer Judaisme.

Penulisan Rabai membincangkan bila Taurat disampaikan kepada Moses – Penyampaian oleh Tuhan di Gunung Sinai dianggap kejadian penyampaian. Mengikut telahan rabai Ortodoks, dan seperti dirakamkan dalam Talmud, kejadian ini berlaku pada tahun 1312 SM[26]

Beberapa sumber rabai mengatakan bahwa pada kejadian ini, kesemua kandungan Taurat diimlakkan. Pengimlakan termasuk bukan sahaja pemetikan yang terdapat dalam teks, tetapi juga setiap perkataan teks itu sendiri, termasuk frasa-frasa seperti "Dan Tuhan bercakap kepada Moses ...", dan memuatkan peristiwa Tuhan memberitahu Moses tentang kematiannya dan ejadian-kejadian susulan. Sumber rabai klasik yang lain pula[27] memberitahu berapa banyak Taurat disampaikan di Sinai, dan bahawa bahagian Deuteronomy ditulis Moses pada tempoh 40 tahun di tanah gurun.[28] Ini menjelaskan bagaimana Deuteronomy, yang mengandungi percakapan Moses sebelum kematiannya, menjadi sebahagian Taurat.

Sebuah mazhab rabai pula berpegang bahawa kendatipun Moses menulis sebahagian besar Taurat, empat ayat terakhir Taurat sudah tentu ditulis oleh Joshua selepas kematian Moses. Abraham ibn Ezra dan Joseph Bonfils memerhatikan [petikan diperlukan] beberapa frasa dalam Taurat menyampaikan maklumat yang hanya boleh diketahui orang selepas zaman Moses. Ibn Ezra memberi bayangan, dan Bonfils menyatakan secara terang, bahawa Joshua (atau nabi terkemudian) menulis bahagian-bahagian ini. Rabai lain tidak menerima pandangan ini.